Thursday 27 November 2014

Senarai Kemahiran KBKK Sekolah Menengah

1. Definisi Kemahiran Berfikir

    Definisi KB berbeza antara seorang sarjana dengan seorang sarjana yang lain. Secara amnya, kebanyakan sarjana bersetuju bahawa KB adalah proses menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2. Jenis Kemahiran Berfikir

Secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:
    • KB secara kritis
    • KB secara kreatif


KB secara kritis :

Kritis bermakna tidak begitu setuju sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu (menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat mengkritik (tidak menerima sesuatu bulat-bulat). (Kamus Dewan,2010)   


 Menurut penjelasan Buku Panduan KBKK Pusat Perkembangan Kurikulum, Kemahiran Berfikir secara kritis adalah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

contoh KB kritis :

    • banding beza
    • membuat kategori
    • teliti bahagian kecil dan keseluruhan
    • membuat sekuens
    • menerang sebab
    • membuat ramalan
    • usul periksa andaian
    • membuat inferens
    • mengesahkan sumber maklumat



KB secara kreatif :

Kreatif bermakna mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli (Kamus Dewan, 2010) 


Menurut penjelasan Buku Panduan KBKK Pusat Perkembangan Kurikulum, Kemahiran Kreatif adalah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

Contoh KB kreatif :

    • menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
    • mencipta analogi
    • mencipta metafora

 - Kemahiran-kemahiran lain:
    • kemahiran membuat keputusan
    • kemahiran menyelesaikan masalah

1 comment:

  1. Setiap manusia masa kini perlu utk mengetahui ttg teknik kemahiran berfikir yg betul. Perkongsian yg bermanfaat. T kasih.

    ReplyDelete