Tuesday 20 October 2015

Senarai Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK)

Kemahiran berfikir secara kritis


Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani "Kritikos" yang bermakna mampu menilai. Pada asalnya perkataan kritis dicipta untuk mengelak kesilapan, kekeliruan dan andaian-andaian yang salah. Secara umumnya kemahiran berfikir secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan  dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan  kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.  

Senarai  kemahiran berfikir secara kritis: 

·         membanding dan membeza:
·         membuat kategori,
·         menerangkan sebab.
·         membuat sekuen / urutan.
·         menentukan sumber yang dipercayai,
·         membuat ramalan,
·         mengusul periksa andaian,
·         membuat inferens


  
Kemahiran berfikir secara kreatif

Kemahiran berfikir secara kreatif membawa maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, atau gagasan.

Senarai  kemahiran berfikir secara kreatif:
·         mencipta analogi
·         menjana dan menghasilkan idea baru
·         mencipta metafora

Thursday 8 October 2015

Jadual Spesifikasi kandungan Perdagangan

Berikut adalah contoh jadual spesifikasi kandungan Perdagangan untuk rujukan para pelajar.