Tuesday 5 April 2016

Menulis Reviu Buku oleh Prof Abdullah Hassan

MENULIS REVIU BUKU
Sebelum tugasan menulis, biar saya rumuskan perkara yang perlu dilakukan bagi menyediakan sebuah reviu buku.
Tujuh poin penting:
1. Mengenai buku: judul, penerbit, pengarang, tahun terbitan, tempat, ISBN ... liputannya, buku lain tentang judul yang sama,
2. Mengenai pengarang: kepakarannya, karya lain yang ditulisnya, ...
3. Laporkan kandungan buku: secara ringkas kandungan bukunya, genrenya ... Gunakan senarai kandungan sebagai panduan ... belum perlu diberi ulasan. (Antara 300 hingga 1,000 perkataan, bergantung pada sedalam mana perbicaraan yang dilakukannya.
4. Mengulas kandungan buku. Sekiranya kita belum ada pengalaman, saya mencadangkan tuan-tuan dan puan-puan semua menggunakan formula De Bono ini. Gunakan Six Thinking Hats:
a. Topi putih bagi melihat maklumat yang dibentangkan dalam buku.
b. Topi merah bagi melihat isu buku itu menurut perasaan kita.
c. Topi hitam bagi melihat perkara yang negatif dalam buku itu.
d. Topi kuning bagi membicaranya perkara positif yang ada dalam buku.
e. Topi hijau bagi menilai perkara yang kreatif dalam buku tersebut.
f. Topi biru bagi meninjau keseluruhan buku itu secara rasional ...

5. Mulalah menulis: Fikirkan siapa akan membaca reviu kita, ... orang awam, pelajar universiti, orang agama, peminta seni dan muzik, remaja ... seseuaikan dengan apa yang pembaca kita mahu. Tulislah antara 1,000 hingga 3,000 perkataan tergantung pada audiens pembaca.
6. Tulislah dalam ayat dan bahasa yang mudah difahami. Ayat antara 8 - 20 perkataan mudah ditulis dan difahami. Bahasa yang mudah difahami itu tidak menggunakan istilah dan kosa kata yang tidak diketahui.
Ingat tiga perkara:
a. Gunakan kata hubung dan kata sendi dengan betul. Pada kata hubung dan kata sendi itu terjalin logik bahasa Melayu.
b. Gunakan istilah yang difahami oleh pembaca. Umpamanya dalam ceramah dan tulisan agama, ada banyak istilah bahasa Arab yang tidak difahami oleh pembaca dan pendengarnya. 
c. Ingat nilai ulasan tidak terletak pada perkataan besar dan ayat panjang yang pembaca tidak faham. Nilainya terletak pada perkara yang difahami.

7. Apakah kita mahu memperakukan pembaca lain membeli dan membaca buku ini?

No comments:

Post a Comment