Thursday 24 November 2016

Pengertian Fakta, Konsep dan Generalisasi

Tanjong Malim

Struktur ilmu pengetahuan disusun dalam tiga tahap yang berbeza daripada yang umum kepada yang khusus. Tiga tahap itu adalah Generalisasi, Konsep dan Fakta.

Generalisasi adalah pernyataan hubungan di antara konsep dan mengungkap sejumlah maklumat yang relevan. . Kebenaran sesuatu generalisasi ditentukan oleh rujukan pembuktian konsep.

Konsep adalah sejumlah fakta berkatian dengan makna atau definisi yang ditentukan. Konsep di sini termasuk hukum, teori atau prinsip.

Fakta adalah informasi atau data yang terjadi dalam kehidupan. Dalam kata lain, adalah situasi yang khusus. Fakta menyediakan contoh-contoh bagi konsep dan generalisasi yang spesifik.

Contoh Generalisasi, Konsep dan Fakta

1. (a) PETRONAS. (Fakta)
    (b) Perusahaan / Perindustrian (Konsep)
    (c) PETRONAS adalah badan usaha milik negara Malaysia dan merupakan perusahaan utama negara. PETRONAS merupakan tempat pengisian badan bakar.  (Generalisasi)

2.  (a) Pasar tani, Pasar malam. Pasar Borong (Fakta)
     (b) Pasar (Konsep)
     (c) Pasar adalah tempat kegiataan tranksasi jual beli di mana-mana sahaja. Pasar terbentuk jika ada penjual dan pembeli. (Generalisasi)

3.  (a) Malaysia, Singapura (Fakta)
     (b) Ekonomi Campuran (Konsep) 
     (c) Malaysia dan Singapura menganut sistem ekonomi campuran yang merupakan perpaduan antara sistem ekonomi bebas dan sistem ekonomi terpusat. Pemerintah turut campur tangan langsung dalam penguasaan dan pemanfaatan alat-alat pengeluaran penting. (Generalisasi)

4.  (a) Insurans Perubatan & Kesihatan, Anuiti Persaraan, Insurans Perjalanan, Insurans empunyai rumah, Insurans berkaitan Pelaburan,Insurans Kemalangan Diri dan Insurans Hayat. (Fakta)
     (b) Pemegang polisi, premium, pampasan (Konsep)
     (c) Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda. (Generalisasi) 

No comments:

Post a Comment