Thursday 2 March 2017

Contoh format Penulisan Mikropengajaran : Set Induksi

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                        :   Perdagangan
Tarikh / Hari                           :   20 April 2016 (Rabu)
Tingkatan                               :   4 Rahmah
Bilangan Pelajar                      :   25 orang
Tahap Pelajar                           :   Sederhana
Masa                                       :   5.00 – 5.30 petang (30 minit)
Tajuk                                       :   Keperluan dan Kehendak Manusia
Sub tajuk                                 :   1.1a – Maksud Keperluan
                                                    1.1b – Maksud Kehendak
                                                             - Perbezaan Keperluan dan Kehendak
Hasil Pembelajaran                  :   Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat :
I.          Menerangkan maksud keperluan dan kehendak manusia.  (Aras 2)
II.        Membanding beza keperluan dan kehendak manusia. (Aras 4)
Pengetahuan Sedia ada           :   Pelajar telah mempelajari dalam subjek kemahiran hidup
    (perdagangan) semasa tingkatan 1.
BBM                                       :   Skrin layar, soalan kuiz, video, sampul berwarna, bahan  
                                                    maujud, papan  putih, pen marker, mounting board, power
                                                    point, prezi.
Nilai murni                              :   Hormat - menghormati, bekerjasama, yakin diri, peka.
KBKK                                     :   Membanding dan membeza, menerang serta meneliti    
                                                    bahagian kecil dan keseluruhan, menjana idea dan membuat   
                                                    inferens.
Pendekatan/Strategi                :   Konstruktivisme


  
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Langkah / Masa
Isi kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Kaedah/ Teknik
BBM/ Nilai/ KBKK

Permulaan / mencungkil idea

(+/- 7 minit)



Maksud keperluan ialah kepentingan asas yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupannya.

Maksud kehendak ialah keinginan manusia untuk hidup dengan lebih selesa, mewah dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.

Kelas dimulakan dengan bacaan doa.


Guru memperkenalkan topik yang akan diajar dengan menunjukkan video kepada pelajar.


Guru bertanya kepada pelajar apa yang mereka lihat dalam video tersebut.

Guru mengedarkan nota kepada pelajar.

Guru menerangkan di papan putih dan menerangkan kandungan yang ada dalam mounting board kepada pelajar.



Pelajar membaca doa.


Semua pelajar fokus kepada video yang ditayangkan oleh guru.



Pelajar memberi respon kepada guru.



Pelajar mengambil perhatian kepada penerangan guru.





Kaedah / Teknik:
Induktif, Pemerhatian dan soal jawab

BBM:
Prezi, Video, Mounting Board, Papan Putih, Pen Marker, Nota

Nilai:
Hormat – menghormati dan bekerjasama.


KBKK:
Membanding dan membeza. (Lampiran 1)

1 comment:

  1. Mata pelajaran perdagangan dulu julia pernah belajar masa form 4...menyeronokkan.

    ReplyDelete