Saturday 18 March 2017

Himpunan 'Unfair advantage' oleh Ainon Mohd

Konsep 'unfair advantage' adalah konsep yang bagus dan berguna dalam strategi bisnes. Ia dikemukakan oleh Robert Kiyosaki. Maksud 'unfair advantage' adalah 'kelebihan yang tidak adil'. Dalam persaingan, pihak yang mempunyai 'unfair advantage' lazimnya akan menang dengan mudah. Atas sebab itulah kita perlu mempunyai 'unfair advantage' untuk bisnes kita sendiri.

Osain Bolt mempunyai 'unfair advantage', iaitu bahawa dia memiliki sepasang kaki yang extra-panjang berbanding kaki pesaing-pesaingnya. Faktor 'unfair advantage' atau 'kelebihan yang tidak adil' adalah realiti kehidupan. Hal itu adalah fitrah alam. Kita jangan menolak realiti 'unfair advantage' itu.

Mujurlah dalam bisnes, kita tidak memerlukan sepasang kaki yang extra-panjang untuk berada di depan pesaing-pesaing kita. Bukan seperti kaki Osain Bolt yang dianugerahkan oleh Tuhan kepadanya, faktor-faktor 'kelebihan yang tidak adil' dapat dicipta untuk bisnes kita sendiri. Inilah yang diusahakan oleh ABS untuk ahli-ahlinya, supaya mereka mempunyai 'unfair advantage' apabila memakai baju korporat dengan logo ABS.

Berapakah faktor 'unfair advantage' yang ada pada bisnes kita? Semakin banyak, semakin bagus. Berapa pula 'unfair advantage' yang ada pada bisnes pesaing-pesaing kita? Semakin banyak, semakin sukar bagi kita untuk menang dalam persaingan dengan mereka. Kita bukan mahu bersaing, namun dalam sesetengah aktiviti bisnes, memang kita perlu mempunyai 'unfair advantage' yang betul-betul memihak kepada kita. Sebagai contoh, dalam bisnes servis pest-control, memang sudah menjadi amalan syarikat-syarikat di Lembah Kelang di mana mereka akan mendapatkan sebutharga dari beberapa pembekal sebelum membuat pilihan untuk diberi job. Syarikat pest-control yang mempunyai banyak 'unfair advantage' tentulah dia yang akan mendapat job itu.

Faktor 'unfair advantage' dapat di-acquire, yakni dapat diperoleh. Pada mulanya kita tidak mempunyai 'unfair advantage' itu, kemudian kita bekerja kuat bagi mendapatkannya. Dalam kes macam itu, mula-mula kita mesti tetapkan 'unfair advantage' macam apa yang kita mahukan. Kemudian baru kita mencari jalan-jalan bagi mendapatkan 'unfair advantage' itu.

Dalam strategi bisnes, konsep 'unfair advantage' digunakan serentak dengan konsep 'leverage'. Dua konsep itu sangat efektif peranannya dalam perundingan bisnes. Ada 'unfair advantage' yang datangnya dari anugerah Tuhan, sebagai contoh, seandainya kita dilahirkan sebagai anak kepada TS Lim Goh Tong. Manakala banyak 'unfair advantage' adalah hasil daripada perancangan kerja yang elok dan kerja keras yang tidak kenal putus asa.
.

.Apakah maksud 'kelebihan yang tidak adil' atau 'unfair advantage'? Dalam persaingan yang 'adil', pihak yang mempunyai 'unfair advantage' memang akan menang dengan lebih mudah. Sebagai contoh, kita berkahwin dengan janda kaya. Dengan sokongan modal dari janda kaya itu, kita dapat memulakan bisnes tanpa menggunakan modal pinjaman bank. Hasilnya, tanpa menanggung faedah pinjaman bank, kos bisnes kita menjadi lebih rendah. Bukan itu sahaja, janda kaya itu telah introduce kita kepada pembekal sehingga kita mendapat kemudahan kredit 90 hari. Dengan tempoh kredit 90 hari itu kita dapat menawarkan kepada pelanggan sebutharga yang jauh lebih rendah. Dalam senario seperti itu, berkahwin dengan janda kaya benar-benar menjadi suatu 'kelebihan yang tidak adil' kepada pesaing kita yang tidak berkahwin dengan janda kaya. Peniaga lain terpaksa meminjam duit bank dan membeli bahan mentah secara tunai. Dengan kos yang tinggi, macam mana mereka mahu memberi sebutharga yang lebih rendah daripada sebutharga kita?

Modal sosial dalam bentuk networking adalah salah satu jenis 'unfair advantage' yang sangat tinggi nilainya dalam kejayaan bisnes. Semua peniaga mempunyai peluang mencipta unsur-unsur 'unfair advantage' untuk kejayaan bisnesnya. Macam-macam unsur 'unfair advantage' dapat dicipta. Semasa bisnes kita masih kecil, kita sudah boleh mencipta unsur-unsur 'unfair advantage' yang kecil-kecil. Apabila kita mempunyai 'kelebihan', namun kelebihan itu tidak di-leverage-kan, maka kelebihan itu tidak menjadi modal bisnes yang bernilai tinggi. Apabila sesuatu 'advantage' itu sudah dapat di-leverage-kan barulah kelebihan itu berfungsi menjadi 'unfair advantage' kepada bisnes kita.
Kata kuncinya:
"Leverage-kan kelebihan kita."
"Leverage-kan kelebihan kita."
"Leverage-kan kelebihan kita."

Apa 'kelebihan' kita? Apa 'kelebihan' orang itu? Kita leverage-kan. Sama2 untung. Apabila memilih business partner, pilih yang mempunyai banyak 'unfair advantage'.Menjalankan bisnes tanpa strategi itu sukarnya macam berdayung sampan melawan arus.Strategi 'leverage' sentiasa melibatkan 2 pihak. Baru dapat dibuat 'leveraging'.Apabila kita memiliki 'unfair advantage' baru dapat digunakan strategi 'leverage'.
.
.

No comments:

Post a Comment