Thursday 27 April 2017

Pembelajaran berasaskan Kecerdasan Pelbagai

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                           : Perdagangan
Tarikh/Hari                                : 11 Mei 2016 (Rabu)
Masa                                           : 5.00 petang – 5.30 petang (30 minit)
Tingkatan                                   : 4 Rahmah
Bilangan Pelajar                 ,       : 25 Orang
Tahap Kebolehan Pelajar           : Sederhana
Tajuk                                          : 1.2b Jenis Pengeluaran
                                                      1.2c Cabang Pengeluaran
Hasil Pembelajaran                    : Di akhir pengajaran, pelajar akan dapat :
a)      Menyatakan jenis pengeluaran. (Aras 1)
b)      Mengenal pasti cabang-cabang pengeluaran. (Aras 1)
Pengetahuan Sedia Ada             : Pelajar mempunyai pengetahuan maksud pengeluaran dalam  
                                                      pembelajaran sebelum ini.
Bahan Bantu Mengajar               : Video, Power Point, Slaid Prezi, Nota Ringkas, Mounting  
                                                      Board, Pen Marker, Papan putih, Set Soalan, Muzik,                                                                             , Sabun dan Kayu, Benda Maujud
Nilai                                            : Hormat Menghormati, Kerjasama, Keberanian, Yakin pada  
                                                      diri sendiri dan Tekun.
KBKK                                        : Menjana idea, meneliti bahagian-bahagian kecil dan   
                                                      keseluruhan serta mengklasifikasi atau mengkategori,
                                                      menerangkan sebab dan membuat inferens.
Kaedah                                       : Pembelajaran berasaskan  Pelbagai Kecerdasan



AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Langkah / Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran
Kaedah/Teknik/BBM/
Nilai/KBKK
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(+/- 5 minit)




Pengenalan kepada jenis dan cabang pengeluaran.

“Jenis pengeluaran ialah pengeluaran langsung dan pengeluaran tak langsung”.

“Cabang pengeluaran yang utama terbahagi kepada 3 iaitu perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung”.

Kecerdasan Visual-ruang : Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten (corak)

Guru memberi salam dan kelas dimulakan dengan bacaan doa.


Guru memperkenalkan tajuk hari ini dan mengedarkan nota ringkas kepada pelajar

Guru menayangkan video mengenai jenis dan cabang pengeluaran dan meminta pelajar menumpukan perhatian dan memahami kandungan video tersebut.

Guru menunjukkan bahan maujud (Sabun dan Kayu) kepada pelajar dan kaitan dengan topik pembelajaran hari ini.

Guru beri penerangan secara ringkas tentang jenis pengeluaran.



Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Pelajar diarahkan untuk membaca nota tersebut dan menumpukan perhatian.


Pelajar memberikan perhatian terhadap video yang ditayangkan oleh guru.






Pelajar mendengar dan mencatat apa yang disampaikan oleh guru.



Kaedah/Teknik:
Induktif,
Penerangan, Perbincangan dan Soal   jawab.
Kecerdasan Visual- Ruang

BBM :
Tayangan video, Power Point, Slaid Prezi dan Nota Ringkas


Nilai :
Hormat Menghormati, Tekun dan Bekerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 1)


Langkah 1

Penerangan

(+/- 8 minit)


Menerangkan cabang pengeluaran:

“Perusahaan iaitu usaha mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bentuknya kepada barang siap”.

“Perdagangan ialah semua aktiviti yang berkaitan pengagihan dan pemindahan bahan mentah, barang separa siap atau barang siap daripada pengeluar kepada pengguna akhir”.

“Khidmat langsung ialah semua perkhidmatan peribadi yang diberikan kepada pengguna akhir secara langsung   oleh penjual untuk memuaskan kehendaknya”.

Jenis Kecerdasan : Kecerdasan Interpersonal- Kemampuan boleh bekerjasama dalam pasukan. Mereka berada dalam satu kelas. Mereka dapat belajar bersama-sama dengan rakan sekelas.



Guru menyoal dan memberi penerangan menggunakan peta i-think dengan pada papan putih.






Guru meminta beberapa orang pelajar ke hadapan bagi melengkapkan carta di mounting board.









Pelajar diarahkan untuk memberikan perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan merujuk nota yang diberikan oleh guru.

Pelajar memberi kerjasama dengan menampal jawapan di atas mounting board.








Kaedah/Teknik :
Induktif, Perbincangan, Penerangan dan soal jawab, Kecerdasan Interpersonal.


BBM :
Papan putih, Mounting Board dan Nota Ringkas.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Kerjasama.

KBKK :
Mengklasifikasi atau mengkategori (Lampiran 2) dan meneliti bahagian kecil dan keseluruhan (Lampiran 3).

Langkah 2

Aktiviti kumpulan

(+/- 8 minit)


Multiple Card adalah kertas warna yang dipotong kepada 4 bahagian untuk pembahagian kumpulan. (Rujuk Lampiran 3)

"I AM POWER PERSON"

Kecerdasan Linguistik : Penguasaan kemahiran bahasa.

Kecerdasan Logikal/Matematik : Kebolehan menaakul/ menyelesaikan masalah.

Kecerdasan Visual-Ruang : kemampuan mengesan objek/imej yang hilang

Kecerdasan Kinestetik : kecerdasan pergerakan badan/suka melakukan pergerakan

Kecerdasan Interpersonal : boleh bekerjasama dalam pasukan

Kecerdasan Intrapersonal : mempunyai keyakinan diri dan boleh berdikari.

Kecerdasan Naturalis : Kebolehan memerhati corak dalam alam semulajadi dan sistem buatan manusia.

Kecerdasan Muzikal : Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten.


Guru meminta pelajar berpecah kepada 8 kumpulan.

Guru menerangkan Pelbagai kecerdasan kepada pelajar.

Guru memberi kertas majong  kepada setiap kumpulan.

Guru meminta pelajar membentangkan hasil perbincangan menggunakan peta i-think.

Guru memberi keterangan terhadap perbincangan pelajar.

Pelajar duduk dalam kumpulan   masing-masing.

Pelajar mendengar penerangan guru.

Pelajar membincangkan tentang tugasan yang diperoleh.


Pelajar membentangkan di hadapan kelas.





Pelajar mendengar dan mencatat.

Kaedah/Teknik :
Deduktif,
Penerangan, Soal jawab, Perbincangan
Tujuh (7) jenis pelbagai kecerdasan

BBM :
 Multiple Card, kertas task, Kertas Majong.

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian, Yakin pada diri sendiri, dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea (Lampiran 5 ) dan Menerangkan sebab (Lampiran 6 ).

Langkah 3

Penilaian

 (+/- 7 minit)


Aktiviti kuiz (Lampiran 7) dan nyanyian
(Buku muzikal perdagangan, pengarang : Yusli Mustaffa)


 Soalan Kuiz adalah dari aras 4, aras 5 dan aras 6.

Kecerdasan Muzikal : Kebolehan berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar dan mengecam paten.


Guru meminta pelajar menjawab   soalan kuiz yang disediakan.

Guru meminta pelajar menghantar jawapan pada minggu hadapan.


Guru meminta pelajar berdiri menyanyikan lagu jenis pengeluaran.




Pelajar menjawab soalan kuiz.


Pelajar mendengar arahan guru.


Pelajar memberi kerjasama dengan menyanyi bersama-sama.

Kaedah/Teknik :
Penerangan, Soal jawab, Kecerdasan Muzikal.

BBM : Set Soalan, Buku Lagu

Nilai :
Hormat Menghormati, Keberanian,

Yakin pada diri sendiri dan Kerjasama.

KBKK :
Menjana idea. (Lampiran 1)

Penutup
(+/- 2 minit)


“ Pengeluaran mempunyai jenis dan cabangnya. Matlamat pengeluaran adalah untuk memuaskan kehendak manusia”.


Penutup sosial:
“Adakah kamu pelajari sesuatu yang baru? Adakah ia menarik?”
(Aras 1)

Penutup kognitif:
“Apakah yang telah anda pelajari hari ini?”
(Aras 1)



Kecerdasan Intrapersonal:
mempunyai keyakinan diri dan boleh berdikari.



Guru menanyakan kepada pelajar mengenai apa yang telah mereka pelajari hari ini dan bagaimana perasaan mereka tentang pengalaman pembelajaran hari ini.

Guru meminta pelajar membuat  rumusan secara keseluruhan dalam sehelai kertas.

Guru memberi latihan pengukuhan untuk dijawab di rumah.

Pelajar menjawab pertanyaan guru.






Pelajar catat maklumat yang dikehendaki oleh guru.

Kaedah/Teknik :
Penerangan, Kecerdasan Intrapersonal.

BBM :
Nota ringkas.

Nilai :
Hormat-menghormati.

KBKK :  Membuat inferens (Lampiran 8)


 Refleksi guru :
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Komen pensyarah/guru pembimbing :
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment